Apabila
seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,
perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras
selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta
sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun
hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum
wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki
untuk mu itu.
Sekiranya kamu menyedari teman lelaki
kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati,
nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah
menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu
sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta
yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.
Selain itu, jika teman lelakimu
sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan
yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan
sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki
sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang
yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya
untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.
Jangan kamu anggap teman lelakimu
seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat.
Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang
dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah
mendengar nasihatnya.
Cemburu! Satu sikap yang paling tidak
disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu
sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu
berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba
mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci.
Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!
Jika sudah sayang, macam-macam akan
kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman
lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu.
Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk
menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang
pelamin, baru berbaloi!
Kamu pasti pernah melalui situasi di
mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau
berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si
dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula
berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi
pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..
Ada juga lelaki yang cepat berasa
sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil
perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap
acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap,
tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan
dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.
Lucu tapi hakikatnya begitulah
apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil
semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan
inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu
sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula
kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah
sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang
yang disayangi sahaja.
Kamu hadapi masalah dan orang pertama
yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat
kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang
yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan
tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!
Kamu memberitahunya yang kamu akan ke
satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi
menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh
berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.
Sekiranya teman lelakimu sentiasa
bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu
persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu
kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang
agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki
olehnya.
Si dia sanggup
menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air
mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang
lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya
begitu kuat buatmu.
Dan pengorbanan
paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila
teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang
dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat
setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka
seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang
bergelar LELAKI.
No comments:
Post a Comment