Thursday, 26 December 2013

Ariana Rose Akasia TV3


Arina Rose drama adaptasi dari novel The Wedding Breaker karya Evelyn Rose ini bakal disiarkan di Slot Akasia TV3 mulai 30 Disember 2013. Isnin - Khamis, 7.00pm - 8.00pm.

Pelakon, Keith Foo, Nur Fathia, Tasha Shila, Nabila Huda, Arja Lee, Jalaludin Hassan, Mustapha Kamal, Jasmin Hamid, Ziela Jalil, Hisyam Hamid dan ramai lagi.


“Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose
Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!
Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.

“What’s so funny?”

“Talking to me?”

“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”
Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!

“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”

“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”

“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”

Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?

“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil

Tonton online di www.tonton.com.my

Monday, 11 November 2013

Slot Akasia TV3 - Playboy Itu Suami Aku . . .




Sinopsis Playboy Itu Suami Aku?. Mengisahkan Afina (Nur Risteena), seorang gadis lemah lembut dan sopan santun ditemukan jodoh dengan Adrian (Fattah Amin), seorang playboy. Afina mempunyai seorang adik kembar tidak seiras, Afisya (Cha Cha Maembong) ataupun Fisya yang suka bersosial dan merupakan salah seorang teman wanita kepada Adrian.

Pada awal perkenalan mereka, Afina disimbah dengan air lopak apabila Adrian membawa kereta mewahnya dengan laju. Adrian bukan sahaja tidak minta maaf malah dia tidak sekalipun memperlahankan keretanya. Raja Adrian Benjamin ataupun ‘King’ (King of Crocodile) sering membuatkan Afina panas hati.

Suatu hari, Afina dan Syaf (Wan Sharmila) menghantar tempahan bunga untuk digubah di rumah Puan Sri Zahida (Dilla Ahmad) bersempena dengan majlis hari jadi cucunya. Puan Sri Zahida tertarik dengan penampilan Afina yang sopan dan tidak meninggalkan solat, maka dia membuat keputusan mengejut untuk mengahwinkan Adrian dan Afina. Macam-macam kutukan dilemparkan oleh Adrian kepada Afina, Afina berasa amat malu dan segera minta diri.

Puan Sri bertegas bahawa Adrian tetap akan berkahwin dengan Afina walaupun apa yang terjadi kerana dia yakin Afina bakal menjadi seorang isteri yang solehah dan jauh lebih bagus daripada teman-teman wanitanya. Bapanya juga meletakkan syarat yang Adrian perlu berkahwin dengan Afina jika dia mahu menjadi CEO kepada syarikat mereka, Kiara Emas.

Akhirnya Afina dan Adrian berkahwin kerana masing-masing mempunyai agenda sendiri. Selepas kahwin, Afina cuba menawan hati suaminya tetapi Adrian tetap dengan sikap kaki perempuannya. Malah, Adrian membuat pengakuan di hadapan Afina bahawa dia tidak ingin mengahwini Afina tetapi dia terpaksa mengikut kehendak ibu bapanya kerana mahu menjadi CEO syarikat. Adrian juga berkata dia tidak akan jatuh cinta dengan perempuan seperti Afina. Walaupun dibenci oleh Adrian, Afina bertekad untuk memikat hati Adrian dan menjadi isteri yang taat. Apakah faktor yang menyebabkan Afina bertukar fikiran untuk mengahwini seorang playboy? Oleh kerana cintanya tidak diterima oleh Adrian, Afina telah menulis isi hatinya dan disimpankan dalam botol sebelum ditanam di sebuah tempat rahsia.

Fisya menyimpan dendam terhadap Afina kerana berkahwin dengan teman lelakinya yang juga merupakan jejaka idaman dalam kalangan wanita. Fisya semakin tidak puas hati apabila Afina masih menjadi isteri yang sah dan kelihatan bahagia. Maka, Fisya telah menggoda Nazri (Jay Iswazir) dan memintanya melakukan sesuatu jika ingin memilikinya. Nazri hanya menuruti apa yang disuruh oleh Fisya.

Afina terlibat dalam sebuah kemalangan dan koma. Selepas dia sedar, dia hilang ingatan dan menjadi penghidap amnesia. Afina menjadi bingung kenapa dia boleh berkahwin dengan seorang playboy. Adrian pula mengingatkannya tentang janji mereka bahawa mereka akan terus menyamar sebagai pasangan yang bahagia di hadapan ibu bapanya sehingga Adrian dilantik sebagai CEO. Fisya pula meninggalkan Malaysia untuk menyambung pelajaran di luar negara.

Selepas sedar dari koma, Afina berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan berani melawan. Afina tidak lagi bersabar dengan karenah Adrian dan permintaan yang bukan-bukan daripadanya. Malah, Afina juga menuntut cerai. Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Di saat Adrian bersedia membuka pintu hatinya dan mula mencintai Afina, Afina telah meninggalkan Adrian tanpa pesanan. Apakah kepulangan Fisya mengundang masalah dalam hidup Adrian dan Afina? Adakah Adrian masih sudi mempercayai cinta Afina dan mereka berdua akan kembali bersama?

Wednesday, 6 November 2013

Tolong Fahami Aku . . .

aku perlukan seseorang yang dapat terima aku seadanya . aku tahu aku tak sempurna . aku tak nak berubah untuk orang suka aku . aku x suka tipu diri aku sendiri . aku tak nak berubah sebab aku tahu orang aku sayang akan tinggalkan aku jugak satu hari nanti .

aku cuba terima keburukan kau nape kau tak boleh terima aku ? orang yang aku baru kenal pon boleh terima aku seadanya nape kau tak boleh ?

ya allah aku rasa nak balik ke masa lalu aku . aku nak ada selalunya dengan aku sebab dia faham aku . dia selalu sabar dengan aku . kalau aku salah dia akan nasihatkan aku . dia akan betolkan apa yang aku salah . aku perlukan dia dan bff aku yang lain . i need you all .

#NurAtiqah.AnnisAlBarakah.NorNabila.

Thursday, 31 October 2013

TENTANG AKU . . .

Siapa aku ? Nama aku Nurul Syazwani bt Mohd Ros . Tapi aku selalu gunakan nama Wani Jaszle sebagai nama untuk laman2 sosial aku pada mulanyalah . Tp sekarang ada jugak kawan2 aku panggil aku dengan nama tu . korang boleh panggil aku dengan nama Wani . aku lebih selesa dengan nama tu .

umur aku baru 16 (2013) . aku lahir pada 23 januari 1997. aku lahir at hospital besar kuala lumpur . tp dibesarkan di pahang . sebab keluarga aku semua dekat sana .

sekarang 2013 aku sekolah dekat Kolej Vokasional ERT Setapak Kuala Lumpur . aku ambil bidang kosmetologi atau lebih senang bidang kecantikan . aku mmg suka bidang nie dari kecil lg . sekarang aku sedang berusa untuk dapatkan segulung diploma .

pasal keluarga ? aku anak sulung daripada dua beradik . aku punyai seorang adik lelaki bernama Muhammad Rusyaidi . dia degil tp baik . ibu aku seorang guru . dia mengajar di SMK Seri Raub di Pahang. ayah ? ayah aku seorang posman . aku x malu pon walaupon ayah aku cuma penghantar surat . sebab bagi aku dia banyak berjasa . dia tolong senangkan pekerjaan owg lain.

itu cerita sebersedikit pasal diri aku . klo ada masa nnti aku update lagi . bye .


Wednesday, 30 October 2013

LUAHAN HATI SEORANG MANUSIA !!!

Cerita hidup yang kekadang tak menyenangkan manusia . Ramai manusia yang hanya nengatakan punya kehidupan yang menyenangkan . Tapi manusia itu sebenarnya tidak mengerti langsung tentang apa itu kehidupan yang sebenarnya .

Membuli manusia lain . Mereka fikir itu adalah satu perkara yang bagus . Sebenarnya itu lha perkara atau tabiat yang buruk dalam kehidupan kita . Manusia ini ialah manusia yang tidak pandai menghargai orang lain . Manusia yang jenis ini jugalah yang merosakan bangsa kita iaitu bangsa melayu .

Anak melayu sekarang banyak yang lupa akan  adat melayu yang mempunyai sopan santunya. Aku rasa sangat duka cita dengan keadaan ini . Aku tahu aku juga insan biasa . Tapi tolonglha korang sebagai manusia hargai orang lain.

Cuba kalau orang pijak kepala kau ! Kau marah tak ? Mesti kau marahkan . Sama jugalah dengan aku . Aku dah banyak bersabar ngan korang . Suka hati aku lha nak kawan dengan lady gaga ke apa ke . Lady gaga aka erin tu lagi baik dari korang .

Dia terima aku seadanya . Tak macam korang . Selalu gelakan aku . Aku tahu aku x secanti korang . Tolong hargai orang lain . Kemungkinan orang itulah akan tolong kau satu hari nanti .

Saturday, 22 June 2013

HIDUP TAK SEMUANYA INDAH

hidup ini bagaikan roda . ia sentiasa berpusing . kadang kita diatas . kadang-kadang juga kita boleh berada di bawah . senang cerita hidup ini tak semua benda yang kita mahukan kita dapat .

Saturday, 1 June 2013

Sebenarnya Itulah Cinta Abadi

Kadang-kadang kita tidak mampu menjadi yang sempurna dalam hidup seseorang. Tapi kita dah cuba jadi terbaik untuk orang yang kita sayang. Sekuat mana pun seseorang tu. Dia akan tetap mengalirkan air mata apabila diuji oleh Allah tentang perasaan & orang yang mereka sayang. Biar hilang cinta insani , jangan hilang cinta Ilahi. Kerana cinta pada ILAHI adalah cinta sebenar yang hakiki dan abadi. Tiada derita yang selamanya. Jangan sesekali berputus asa dengan  Allah dan yakinlah Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.

Thursday, 30 May 2013

Itulah Kenangan Yang Terindah ...


Saya nak ulang semula perhubungan kita dengan istillah kawan, sebab dengan istilah kawan saya berjaya mengenali awak secara perlahan lahan.

Kebahagian yang saya pernah rasa bersama awak cukup menenangkan tapi jika qada dan qadar Allah memisahkan jangan menyerah itu ketentuannya.


Saya hargai pengorbanan awak walau macam mana deritanya hati ni untuk menjelaskan bahawa awak bukan milik saya lagi. Ini percaturan Allah.


Thursday, 28 March 2013

Tanda Lelaki Sayang


Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.

Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!

Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.  

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!

Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.



APA ITU CINTA


Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.
Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.
Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.
Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.
Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.
Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.
Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.
Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.
Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.
Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.
Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.
Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.

Wednesday, 27 March 2013

Bicara Cinta

Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang . Bukan karena orang itu berhenti mencintai kamu . Atau karena ia tidak mempedulikan kamu . Melainkan saat kamu menyadari bahwa orang itu . Akan lebih berbahagia apabila kamu melepasnya . Tetapi apabila kamu benar benar mencintai seseorang,jangan dengan mudah kamu melepaskannya . Berjuanglah demi cintamu . Fight for your dream ! Itulah cinta  sejati . Bukannya seperti prinsip ” Easy come . Easy go ” . Kadang kala, orang yang kamu cintai adalah orang yang paling menyakiti hatimu .

Cinta adalah ketika kamu menitikkan air mata, tetapi masih peduli terhadapnya . Cinta adalah ketika dia tidak mempedulikanmu, kamu masih menunggunya dengan setia . Cinta adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu masih bisa tersenyum sambil berkata , ” Aku turut berbahagia untukmu ”. Apabila cintamu tidak berhasil, bebaskanlah dirimu . Biarkanlah hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas lagi . Ingatlah, kamu mungkin menemukan cinta dan kehilangannya . Tetapi saat cinta itu dimatikan, kamu tidak perlu mati bersamanya .
Orang yang terkuat bukanlah orang yang selalu menang dalam segala hal . Tetapi mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh . Entah bagaimana, dalam perjalanan kehidupanmu, kamu akan belajar tentang dirimu sendiri dan suatu saat kamu akan menyadari , bahwa penyesalan tidak seharusnya ada di dalam hidupmu .
Hanyalah penghargaan abadi atas pilihan pilihan kehidupan yang telah kau buat yang seharusnya ada di dalam hidupmu.
Lebih baik menunggu orang yang benar benar kamu inginkan , daripada berjalan bersama orang ” yang tersedia ” . Lebih baik menunggu orang yang kamu cintai, daripada orang yang berada di ” sekelilingmu ”. Lebih baik menunggu orang yang tepat karena hidup ini terlalu berharga dan terlalu singkat untuk dibuang dengan hanya ” seseorang ” atau untuk dibuang dengan orang yang tidak tepat.
Kadang kala, orang yang kamu cintai adalah orang yang paling menyakiti hatimu . Dan kadang kala teman yang membawamu di dalam pelukannya . Dan menangis bersamamu adalah cinta yang tidak kamu sadari . 
Ucapan yang keluar dari mulut seseorang dapat membangun orang lain, tetapi dapat juga menjatuhkannya . Bila bukan diucapkan pada orang, waktu, dan tempat yang benar ini jelas bukan sesuatu yang bijaksana . Ucapan yang keluar dari mulut seseorang dapat berupa kebenaran ataupun kebohongan untuk menutupi isi hati . Kita dapat mengatakan apa saja dengan mulut kita tetapi isi hati kita yang sebenarnya tidak akan dapat dipungkiri . Apabila kamu hendak mengatakan sesuatu . Tataplah matamu di cermin dan lihatlah kepada matamu . Dari situ akan terpancar seluruh isi hatimu dan kebenaran akan dapat dilihat dari sana .

Tuesday, 26 March 2013

Lirik Lagu/ Lyrics : Lepaskan - Wanna


Ku jadi tidak tentu arah, entah apa yang ku kuatiri
Sejak terjadi cerita itu . cerita itu
Makan minum ku dh tak terjaga
Asyik memikirkan tentang kamu
Mungkinkah benar mengapa ku tidak menyedari
Lepaskanlah lepaskan semua, tiada makna jika bersama
Dalam hidupku oh setiap hari
Yang kita pasti ada masalah
Lepaskanlah lepaskan semua, tiada makna jika bersama,
Dalam hidupku oh setiap hari yang kita pasti ada masalah, dengannya
Ku jadi tidak tentu arah, entah apa yang ku kuatiri
Sejak terjadi cerita itu. cerita itu

Lepaskanlah lepaskan semua, tiada makna jika bersama
Dalam hidupku oh setiap hari
Yang kita pasti ada masalah
Lepasknlah lepaskan semua, tiada makna jika bersama
Dalam hidupku oh setiap hari yang kita pasti ada masalah, dengannya

CINTA


Cinta satu ukuran asas pengalaman manusia yang memberikan antaranya, perasaan kasih sayang, tarikan, asas kemesraan dan keserasian satu pasangan, rela berkorban untuk orang lain, perasaan tertarik dan hubungan kepada alam, benda hidup ataupun makhluk lain. Ia dapat ditunjukkan melalui perasaan, emosi, kelakuan, pemikiran, persepsi dan sikap. Ia mempengaruhi, mendasari dan menetukan pola utama hubungan antara satu pasangan dan pengenalan.
Cinta jarak jauh merupakan situasi di mana sepasang kekasih berjauhan di antara satu sama lain.Manusia sering menginginkan cinta.Dalam cinta ada suatu ketulusan perasaan yang membuatkan manusia yang merasainya gembira, sedih, rasa keyakinan, rasa dimiliki, dan sebagainya.
Cinta yang pertama ialah mencintai Allah dan RasulNya,lebih dari kita mencintai orang lain.Kedua adalah mencintai makhluk Allah,dan di sini bermula pecahan-pecahan cinta.
Dalam cinta biasanya tersimpan seribu macam perasaan yang amat sukar digambarkan. bermula dengan rasa suka, hati berdetak, mulut tersenyum tanpa bicara, muka bertambah seri, dan akhirnya cinta itu menjadi milik kita. Amat mudah untuk melafazkan cinta, tetapi amat mudah juga melupakan cinta. Cinta yang sejati lahir dari hati yang tulus.
Setiap manusia berhak mencintai dan dicintai. jatuh cinta adalah fitrah hidup manusia. ingin bercinta dan ingin dicintai juga fitrah. jika fitrah itu dibawa dengan aliran yang betul ia menjadi mulia . jika dibawanya dengan aliran yang salah ia menjadi hina. macam mana pon seseorang manusia membenci cinta . dia tetap memerlukan cinta dalam hidupnya. manusia tidak akan lari daripada cinta.